Sejarah dan Perkembangan Arkeologi di Malaysia: Isu, Cabaran dan Masa Depan (Penerbit USM)

Sejarah dan Perkembangan Arkeologi di Malaysia: Isu, Cabaran dan Masa Depan (Penerbit USM)
Author :
Publisher : Penerbit USM
Total Pages :
Release :
ISBN-10 : 9789674612689
ISBN-13 : 9674612688
Rating : 4/5 (89 Downloads)

Book Synopsis Sejarah dan Perkembangan Arkeologi di Malaysia: Isu, Cabaran dan Masa Depan (Penerbit USM) by : Stephen Chia Ming Soon

Download or read book Sejarah dan Perkembangan Arkeologi di Malaysia: Isu, Cabaran dan Masa Depan (Penerbit USM) written by Stephen Chia Ming Soon and published by Penerbit USM. This book was released on 2020-03-29 with total page pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Syarahan umum ini mengupas dan membincangkan sejarah dan perkembangan arkeologi di Malaysia yang bermula dari Zaman Kolonial British sekitar abad ke-19 Masihi sehingga kini. Sejarah dan perkembangan arkeologi negara yang panjang ini akan dibincangkan dalam empat fasa utama, iaitu (i) Zaman Kolonial – Antikuiti (1840–1900), (ii) Era Penubuhan Muzium (1900–1940), (iii) Era Selepas Perang Dunia II – Pembentukan Malaysia (1945–1970) dan (iv) Arkeologi Tempatan dan Era Moden (1970–2017). Perbincangan bertumpu pada tiga kawasan utama di Malaysia, iaitu Malaya, Sarawak dan Sabah. Kajian awal arkeologi adalah bersifat deskriptif dan eksplorasi untuk mencari artifak serta bahan antikuiti. Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, diikuti oleh pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, kerja-kerja arkeologi mulai berkembang menjadi program penyelidikan yang lebih sistematik oleh ahli arkeologi profesional. Lewat tahun 1970-an dan 1980-an merupakan titik perubahan dalam sejarah arkeologi negara apabila penyelidik tempatan mula menceburkan diri dalam bidang arkeologi. Sejak itu, arkeologi mula menjadi sebuah disiplin yang profesional dan saintifik. Pendek kata, sejarah dan kajian arkeologi di Malaysia selama lebih satu setengah dekad yang lalu telah menyaksikan perubahan secara beransur-ansur daripada pendekatan yang bersifat deskriptif-spekulasi kepada kajian yang saintifik dan bermultidisiplin. Perkembangan ini telah menjana banyak data dan pengetahuan baharu tentang prasejarah Malaysia. Namun, tempoh ini turut menyaksikan peningkatan isu dan cabaran dalam perlindungan dan pemuliharaan warisan arkeologi negara. Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh arkeologi negara sehingga kini adalah keperluan untuk melindungi, mengawal dan menguruskan tapak-tapak arkeologi dengan lebih baik disebabkan oleh kepesatan pembangunan ekonomi, terutamanya semasa 30 tahun yang lalu. Cabaran dan ancaman kerosakan warisan arkeologi daripada pembangunan ekonomi termasuklah aktiviti pembinaan lebuh raya, jalan raya dan empangan, pembangunan bandar, perlombongan, pembalakan, pertanian dan pencarian harta karun. Selain itu, terdapat juga isu-isu konservasi dan cabaran yang dihadapi oleh universiti, jabatan-jabatan muzium dan warisan seperti kekurangan kepakaran dan sumber manusia, kewangan, kemudahan, ruang dan peralatan. Pelbagai masalah baharu juga muncul disebabkan oleh peningkatan pelancongan warisan arkeologi selain isu-isu lama berkaitan kelemahan kajian dan pembentukan serta pelaksanaan perundangan untuk menjaga warisan arkeologi negara. Adalah diharapkan bahawa penyelidik arkeologi pada masa hadapan akan terus mencari data baharu dan membongkar lebih banyak misteri tentang prasejarah dan sejarah awal Malaysia. Pihak berwajib yang berkaitan seperti universiti, jabatan muzium negeri dan persekutuan serta jabatan warisan negara perlu memainkan peranan masing-masing serta meningkatkan lagi usaha untuk menyelidik, memantau, mengawal, mengurus dan membangunkan tapak dan warisan arkeologi negara. Sudah tiba masanya penyelidikan dan pembangunan warisan arkeologi di Malaysia mengambil kira penglibatan masyarakat etnik tempatan serta adat, nilai dan hak warisan mereka. Akhir kata, kekayaan arkeologi dan warisan budaya Malaysia perlu dipelihara dan dijaga, bukan sahaja untuk kepentingan penyelidikan, pelancongan dan faedah ekonomi mampan tetapi juga untuk manfaat dan pengetahuan pewaris dan generasi akan datang.


Sejarah dan Perkembangan Arkeologi di Malaysia: Isu, Cabaran dan Masa Depan (Penerbit USM) Related Books